Thursday, 25 May 2017

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA MURID SK AIR MERAH


Tuesday, 23 May 2017

, ,

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR


SMK SULTAN BADLISHAH
24 MEI 2017

 SK JELAI, BATU KURAU
21 MEI 2017
 PENSYARAH DAN PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) TUNKU BAINUN
12 MEI 2017

JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI
03 MEI 2017

Friday, 7 April 2017

, , , , ,

HARI BAHASA SEMARAK MINDA 2017


SK AIR MERAH  4 APR - Hari Bahasa Semarak Minda telah berjaya dilaksanakan oleh Panitia Bahasa Melayu yang diketuai oleh Puan Anzalina Binti Majid. Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari tersebut melibatkan murid-murid dari tahun 1 hingga tahun 6. Antara aktiviti untuk hari tersebut adalah :

TAHAP 1:
THN 1- PANTUN  & DIDIK HIBUR 
THN 2 - PANTUN  & DIDIK HIBUR 
THN 3- BERCERITA  & BERCERITA SPONTAN 

TAHAP 2:
THN 4- SAJAK BERKUMPULAN  & BERCERITA
THN 5- SAJAK BERKUMPULAN  & PIDATO 
THN 6- SYAIR BERKUMPULAN 

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua ahli Panitia Bahasa Melayu khususnya dan seluruh warga SK Air Merah (SBT) amnya yang turut sama mengembleng tenaga dan buah fikiran bagi menjayakan Hari Bahasa Semarak Minda. 















Saturday, 1 April 2017

, , , ,

KARNIVAL MATEMATIK PERINGKAT KEBANGSAAN




SK AIR MERAH 01 APR - Seramai 8 orang murid bersama seorang guru pengiring, Puan Siti Harlina Binti Rosly dan Pn Hjh Siti Fadzilah Binti Arshad, Pemangku PKHEM SK Air Merah (SBT) telah menyertai Karnival Matematik Peringkat Kebangsaan. Karnival ini merupakan anjuran SK Bertam Indah (SBT) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia. SK Air Merah (SBT) telah memperoleh 2 pingat emas, 4 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Tahniah kepada semua murid dan guru yang menyertai karnival ini. 











Thursday, 16 March 2017

, , , , , , ,

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK AIR MERAH (SBT)

SK AIR MERAH 16 Mac - Kejohanan Balapan dan Padang SK Air Merah (SBT) telah berjaya dilaksanakan dengan dengan jayanya. Kejohanan ini dirasmikan oleh Puan Nazira Bt Abd Rahim, Ketua Pergerakan UMNO Kulim Bandar Baharu. Kejohanan turut diserikan lagi dengan kehadiran para waris yang hadir memberi sokongan dan semangat kepada semua peserta.





















, , ,

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PPKI DKBB 2017

SK AIR MERAH 16 MAC - Kejohanan Balapan dan Padang PPKI DKBB 2017 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Padang SMK Kulim. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Turin Bin Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Kulim Bandar Bandar. Murid-murid dan Guru-guru PPKI SK Air Merah tidak melepaskan peluang untuk menyertai kejohanan yang julung kali diadakan ini. Pasukan PPKI SK Air Merah telah berjaya mengumpul 2 pingat emas, 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Selain itu, pasukan perbarisan PPKI SK Air Merah (SBT) turut diumumkan sebagai Johan Keseluruhan Perbarisan kategori Sekolah Rendah DKBB. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru PPKI yang terlibat dalam kejohanan ini.




LENCANA

LENCANA

Sekapur Sireh

Selamat melayari website SK Air Merah, Kulim Kedah. Semoga setiap yang dipaparkan di dalam blog ini memberi manfaat dan panduan bagi memartabatkan lagi bidang pendidikan di Malaysia.

VISI

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MOTO SEKOLAH

S SEKOLAH
K KITA
A AMANAH
M MASYARAKAT

GURU BESAR

GURU BESAR
Pn Hjh Sabarina Binti Said

Pen Kanan Pentadbiran

Pen Kanan Pentadbiran
Encik Sharinizam Bin Dun

Pemangku Pen Kanan Hal Ehwal Murid

Pemangku Pen Kanan Hal Ehwal Murid
Pn Siti Fadzilah Bt Hj Arshad

Pen Kanan Kokurikulum

Pen Kanan Kokurikulum
Pn Umirah Bt Hussin

Pen Kanan Pendidikan Khas

Pen Kanan Pendidikan Khas
Pn Fatimah Bt Murad